Hari-hari keagamaan Sikhisme

Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanchaar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu

  • Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
  • Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)
  • Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
  • Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
  • Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)

Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian.

Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.